Kesan Keruntuhan Institusi Keluarga
Disediakan Oleh :
-Muhammad Fakhruddin Bin Osman (F2026)
-Taufik Bin Abdul Aziz (F2073)
-Aiman Bin Muhamad (F2058)
Pendahuluan
Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan oleh ahli keluarganya sendiri. Keharmonian kekeluargaan dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Perhubungan spiritual seperti agama, emosi seperti kasih sayang , sikap hormat – menghormati dan bertanggungjawab. Oleh itu institusi kekeluargaan adalah institusi yang terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat dari segi mental dan fizikal. Pada zaman yang serba moden ini kita sering mendengar dan terbaca di muka akhbar tentang permasalahan dan isu seperti keruntuhan masyarakat . Sebagai contoh kes pebuangan anak luar nikah, kes penderaan kanak-kanak, kes penceraian dan sebagainya. Kekeluargaan merupakan salah satu aspek kehidupan manusia yang perlu diambil perhatian oleh syariat Islam. la dilihat sebagai wadah bagi lelaki dan wanita untuk mencari kedamaian dan kebahagiaan hidup bersama serta melahirkan zuriat bagi menyambung kehidupan dari satu generasi ke satu generasi. Kepentingan tentang kekeluargaan boleh dilihat melalui isu-isu tentang mendapat tempat yang luas dalam al-Quran dan al-Sunnah. Ibnu Mas'ud RA berkata, ''Aku bertanya kepada Rasulullah saw, dosa apakah yang paling besar? Beliau bersabda, ''Engkau membuat sekutu bagi Allah, padahal Dia lah yang menciptakanmu.'' Aku bertanya lagi, ''Kemudian apa? Beliau bersabda, ''Engkau membunuh anakmu karena takut ia akan makan bersamamu.'' Aku bertanya lagi, ''Kemudian apa? Beliau bersabda,''Engkau berzina dengan isteri rumahtanggamu.'' Hadis Muttafaqun'alaih.
Kesan Kesan Keruntuhan Institusi Keluarga
1.Mereka akan hilang tumpuan pelajaran
Antara salah satu contoh kesan keruntuhan masyarakat institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat. jika sesebuah keluarga mengalami masalah seperti penceraian, anak mereka yang akan banyak mengalami kesan buruk. Seperti jiwa mereka akan tergangu dan akan menjadi trauma apabila dewasa , lagi – lagi apabila ingin mendirikan rumahtangga. Selain itu juga, anak – anak akan kehilangan kasih sayang dari ibu atau bapa mereka. Disamping itu juga mereka akan hilang tumpuan pelajaran dan sedikit sebanyak menghancurkan masa depan mereka. Rasulullah bersabda “Sesuatu yang halal tetapi paling dibenci Allah adalah perceraian”. Ini menunjukkan di satu sisi bahwa terkadang perceraian itu tidak bisa dihindari sehingga jika ada satu pasangan yang memang tidak ada kecocokan masih dipaksakan untuk terus, itu akan merugikan semua pihak. Maka dibolehkan perceraian, tetapi diingatkan bahwa perceraian itu halal tapi paling dibenci Allah. Karena itu, kalau masih bisa hidup bersama tanpa perceraian, maka pertahankan perkahwinan.
2. Tercicir Dalam Pelajaran
Keruntuhan institusi kekeluargaan menyebabkan hubungan suami, isteri serta anak-anak menjadi semakin renggang. Kebanyakkan daripada mereka membuat haluan masing-masing sehinggakan kadangkala si bapa lupa akan tanggungjawabnya kepada anak-anak dan si ibu pula membawa diri serta anak-anaknya jauh dari kasihnya seorang bapa. Hal ini menjadikan anak-anak merasa tertekan sehinggakan anak-anak yang masih bersekolah tidak dapat menumpukan perhatian dan memberi fokus kepada pelajaran. Mereka menjadi mangsa keadaan sehingga menjadikan ramai dalam kalangan mereka tercicir dalam pelajaran.
Seharusnya, perkara sebegini tidak boleh berlaku kerana ibu bapa merupakan individu yang sangat diperlukan oleh anak-anak untuk memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang baik. Selain itu, ibu bapa juga sepatutnya menjadi individu yang bertanggungjawab dalam memastikan anak mereka diberikan perhatian yang cukup dan mendapatkan pendidikan yang sempurna. Namun begitu, penceraian yang berlaku menyebabkan suasana rumah menjadi hambar sehingga menjadikan anak-anak tidak berasa seronok serta menyebabkan mereka kehilangan minat dan malas untuk belajar. Hal ini seterusnya menjadikan anak-anak tercicir dalam pelajaran yang akhirnya membawa kepada kemerosotan prestasi mereka dalam bidang akademikKeruntuhan institusi kekeluargaan menyebabkan hubungan suami, isteri serta anak-anak menjadi semakin renggang. Kebanyakkan daripada mereka membuat haluan masing-masing sehinggakan kadangkala si bapa lupa akan tanggungjawabnya kepada anak-anak dan si ibu pula membawa diri serta anak-anaknya jauh dari kasihnya seorang bapa. Hal ini menjadikan anak-anak merasa tertekan sehinggakan anak-anak yang masih bersekolah tidak dapat menumpukan perhatian dan memberi fokus kepada pelajaran. Mereka menjadi mangsa keadaan sehingga menjadikan ramai dalam kalangan mereka tercicir dalam pelajaran.
Seharusnya, perkara sebegini tidak boleh berlaku kerana ibu bapa merupakan individu yang sangat diperlukan oleh anak-anak untuk memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang baik. Selain itu, ibu bapa juga sepatutnya menjadi individu yang bertanggungjawab dalam memastikan anak mereka diberikan perhatian yang cukup dan mendapatkan pendidikan yang sempurna. Namun begitu, penceraian yang berlaku menyebabkan suasana rumah menjadi hambar sehingga menjadikan anak-anak tidak berasa seronok serta menyebabkan mereka kehilangan minat dan malas untuk belajar. Hal ini seterusnya menjadikan anak-anak tercicir dalam pelajaran yang akhirnya membawa kepada kemerosotan prestasi mereka dalam bidang akademik
3. Perubahan Sikap Perubahan Sikap
Seterusnya, penceraian yang berlaku juga turut memberi impak terhadap perubahan sikap anak-anak. Hal ini kerana, keruntuhan institusi kekeluargaan yang berlaku menyebabkan anak-anak ini memberontak serta berubah sikap menjadi seorang yang pemarah dan penuh dengan sifat kebencian dalam dirinya. Perkara ini mungkin terjadi disebabkan mereka tersepit dengan situasi yang berlaku seterusnya bertindak untuk menyalahkan diri mereka sendiri kerana merasakan bahawa mereka merupakan punca kepada terjadinya penceraian di antara ibu dan bapa mereka. Ia juga mendorong mereka untuk menjadi seorang yang pasif iaitu seorang yang kerap bermurung, dan kurang akan keyakinan diri. Perkara sebegini juga mendorong mereka untuk memendam perasaan dan menjadi seorang yang lebih beremosi sehingga ada diantara mereka menjadi mangsa buli rakan-rakan di sekolah. Natijahnya, anak-anak ini mengalami tekanan emosi yang teruk dan mendorong mereka untuk memberontak dan seterunsya menjadi seorang individu yang pemarah dan pendendam terhadap setiap perkara negativf yang berlaku kepada dirinya. Tambahan lagi, ia juga turut mendorong mereka untuk hilang rasa hormat kepada kedua ibu bapa mereka.
Holistiknya, isu penceraian ini dilihat seolah-olah telah menjadi barah dalam masyarakat di Malaysia. Peratus peningkatan pendaftaran kes penceraian juga dilihat semakin tidak terkawal. Sekiranya perkara ini tidak dikawal dan dicegah ia mungkin akan menjadi semakin teruk dan akhirnya membawa kepada penularan masalah sosial terutamanya kepada anak-anak mangsa penceraian. Oleh hal yang demikian, semua pihak hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk membendung masalah ini dari terus berlaku. Seperti yang kita sedia maklum, tidak guna sekiranya Negara semakin pesat membangun jika rakyatnya masih ketandusan akan akhlak dan mundur dari aspek pembangunan mental dan juga spiritual.
4. Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan
Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pastinya akan wujud penceraian. Penceraian pastinya akan berlaku kerana keharmonian dan kebahagian rumahtangga tidak dapat dipertahankan lagi. Rumah tidak dianggap sebagai tempat untuk mendatangkan kedamaian tetapi lebih kepada satu tempat yang membosankan. Kiranya kebahagian tidak wujud lagi maka penceraian akan terjadi dan pastinya ia tidak dapat dielakkan.
5. Wujudnya masalah-masalah sosial
Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain. Hal ini akan menyebabkan kadar jenaya di negara kita akan meningkat. Kesan jangka panjang ini akan menyebabkan keharmonian dalam keluarga akan hilang.
Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan yang penting untuk menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Secara keseluruhannya tugas ketua keluarga khususnya ibu dan bapa sangat berat jika mereka tahu ianya merupakan amanah untuk melahirkan insane dan seterusnya melansungkan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. Secara tidak langsung segala ancaman yang boleh merosakkan aqidah, keruntuhan akhlak, pergaulan bebas di kalangan remaja, pernyalahgunaan dadah, perlakuan zina dan sebagainya dapat dielakkan.
Comments
Post a Comment